faiz & muai & sofi's fotopages

By: muai mohamed

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Saturday, 13-Oct-2007 08:06 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya!

 
 




Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ini ditujukan buat family di Alor Star, Kedah dan juga di Puncak Alam, Selangor terutamanya kepada abah, mama, ayah, & ibu yang dirindui selalu.

Tak lupa juga kepada sahabat jauh, sahabat dekat, yang di dalam Malaysia, di luar Malaysia dan juga di angkasa lepas (harini angkasawan Malaysia naik belun).

Kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bicara, terkasar bahasa atau tersalah perbuatan. Maaf zahir dan batin dari kami di bumi kenyalang.

Bulan 12 ni kami bertiga akan balik insyaALLAH


p.s: ni pertama kali kami tak balik beraya di rumah (sila baca dalam intonasi sedih)


Wednesday, 10-Oct-2007 00:38 Email | Share | | Bookmark
Ucapan kepada bayi yang suka mengeras dalam perut :)

 


Gambar scan (dalam kamus dwibahasa Oxford Fajar, scan dialih bahasa sebagai meneliti; meneropong; menyuluh sekali lintas; menganalisis irama puisi - sila pilih yang mana berkenaan ehehe) yang ke 4 sebenarnya. Kali ke tiga discan di klinik Dr. Latha kerana Dr. Wong ni pegi bercuti

Alhamdulillah bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat, mama bayi pun sehat cuma tali pusat sedikit ke bawah . Menurut Dr. Wong, jika keadaan ini berterusan maka terpaksa bersalin secara Cesarean ataupun C-Section. Masih tinggal dalam lingkungan 2 bulan lagi sebelum tiba masa dan harapnya keadaan akan menjadi normal insyaALLAH


Wednesday, 3-Oct-2007 09:24 Email | Share | | Bookmark
Mari menanam pokok

 


Faiz:

Aku ni tidak mempunyai bakat dalam bidang cucuk tanam nie dalam bahasa halusnya tidak bertangan hijau (green fingers @ green thumb) tapi bebaru ni aku cuba tanam pokok cili dalam pasu.

Masuk harini dah 6 hari dah dan hasilnya alhamdulillah dah naik dia punya anak pokok ehehe bangga la jugak sebab berjaya. Nanti aku updatekan la perkembangan pokok ni, harap-harap dia tak mati dan boleh keluarkan hasil




Friday, 28-Sep-2007 00:21 Email | Share | | Bookmark
Tua Bersamamu @ Grow Old With You



Cerita Wedding Singer ni memang feveret aku, aku tengah mencari dvd cerita ni memandangkan vcd aku dah lama lesap dipinjam orang yang tak reti bagi balik. Lagu dalam filem ini memang manis (sweet ) kerana ayatnya terus ke depan (straight forward) dan tidak berbunga-bunga. Ada sorang kawan aku tuh, faiz jugak nama dia pernah main lagu ni dekat girlpren dia dengan gitar masa diorang kapel-kapel dulu..tup tup skang ni dah kawin dah, dengar cite nak dapat baby dah pun ehehehe. Untuk lelaki yang belum berumahtangga, ambik gitar belajar main lagu ni dan main depan awek, nanti mesti terus dia ajak kawin hihihihi . Kalau nak dengar lagu ni camne pegi la youtube, link kat sini --> http://www.youtube.com/watch?v=7CYI5bKZMes


Grow Old With You
by Adam Sandler


I wanna make you smile whenever you're sad
Carry you around when your arthritis is bad
All I wanna do is grow old with you

I'll get your medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks
Oh it could be so nice, growing old with you

I'll miss you
I'll kiss you
Give you my coat when you are cold

I'll need you
I'll feed you
Even let ya hold the remote control

So let me do the dishes in our kitchen sink
Put you to bed if you've had too much to drink
I could be the man who grows old with you
I wanna grow old with you


Oleh kerana kami orang Melayu, aku telah men"translate" kan lirik lagu di atas seperti di bawah:-

Quote:
Ku hendak buat kamu tersenyum bila kamu sedih
Dukungmu bila sakit lututmu teruk
Apa yang ku nak buat ialah sama-sama tua denganmu

Aku ambil ubatmu bila perutmu sakit
Buat unggun api bila dandang pecah
Oh alangkah baiknya, sama-sama tua denganmu

Aku rindumu
Aku senyum padamu
(ayat ni dah diubahsuai untuk org Islam)
Bagimu baju kot bila kamu sejuk

Aku perlu kamu
Aku bagi kamu makan
Dah tu bagi kamu pegang remote tv

Oleh itu biarlah aku basuh pinggan di sinki
Angkat kamu ke bilik tidur bila kamu mengantuk
(ayat ni dah diubahsuai untuk org Islam)
Aku boleh jadi orang yang tua bersama mu
Aku ingin tua bersamamu


Friday, 21-Sep-2007 00:26 Email | Share | | Bookmark
Panji-panji (Banner) Fotopage Kami yang Baru :)



Panji-panji kat atas ni yang baru aku buat semalam di masa terluang aku di rumah. En. Doktor bagi aku mc 2 hari sebab kurang sehat, oleh kerana agak kebosanan duduk sorang-sorang, aku meng'edit' gambar untuk dijadikan seperti yang anda lihat di atas. Terima kaseh


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net