faiz & muai & sofi's fotopages

By: muai mohamed

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 5-Mar-2008 01:35 Email | Share | | Bookmark
bila ibu rindu dekat sofi..

enty kali ni tak bergambar ..sekadar nak meluahkan perasaan kat kat keyboard dan kat pc.
hari ni dah hari ke3 sofi ibu pegi skool (nursery).

first day hantar sorfi ibu nangis .(baru tau cemana perasaan mak tinggalkan anak kat stranger..dalam hati doa kat Allah.Ibu percaya yang Allah sentiasa ada untuk jaga sofi..makcik& kakak nursery tu sumanya pemudahcara untuk ibu.

Second day hantar..balik umah ibu nangis..sebab mak jah nurseri tu cakap sorfi ibu minum 2 kali jer susu.dalam masa 10 jam ?Ya Allah ..anak ibu kan kuat minum sbb tu bam-bam .sedih lagi..mak jah cakap sorfi tak moh minum susu botol.Balik umah cepat2 ibu bagi sorfi minum susu badan,rasa cam tak cukup ibu bancuh lagi nak dekat 4 oz susu tepung,pujuk2 sorfi minum habis pun..sorfi tertdo dalam 30 minit..pastu gigit jari..lapar lagi anak ibu.ibu bagi lagi susu badan..sorfi terus tertdo sampai kepagi.kenyang sangat dah tu.tapi ibu yang tak sampai hati setiap 2-3 jam ibu yang bangkit kejutkan sorfi minum.Sedih takut sorfi lapar ...

hari ni hari ke-3 hantar sorfi? ibu nangis lagi nangis kat depan keyboard n pc ni ms kat skool.hantar sorfi awal pagi tadi ..30 minit duk kat dalam keta pujuk sorfi minum susu botol..ingatkan sorfi kena minum susu baru boleh besar..
dalam hati doa Ya Allah,kau tanamkan lah sifat pengasih mereka (mak jah n kakak2) kepada anakku sebagaimana mereka mengasihi anak mereka sendiri..


sejak aku jadi ibu pada sofi ni baru aku paham kenapa ada sesetengah kawan aku obses kat anak sendiri.munkin masa korang baca entry ni,mesti korang pun kata aku macam tu..hahahahh katalah aku redha..

kat sekolah setiap kali ibu melayan anak murid ibu yang nakal ni dengan kesabaran ..setiap kali tu ibu teringat sorfi ibu..doa semoga mak jah & kakak2 nursery tu sabar melayan karenah sorfi ibu jugak..amin..mudah-mudahan


Thursday, 14-Feb-2008 03:15 Email | Share | | Bookmark
Sofi yang jauh di seberang Laut Cina Selatan

 
 
 
View all 4 photos...
Arghi tok arghi keduak kamek sik temu isteghi ngan anak kamek, arghhh ghindu gilak bah. Pas tok, lagik duak minggu baghu dapat temu, dan pada 26/2 kali tok Muai dan Sofi akan balik ngan kamek ke Kuchin...yashhhh mulalah hidup kamekorghang di Saghawak. Kitakorghang paham sik kamek madah?

Subtitle di bawah

Hari dah hari yang kedua aku tak jumpa Muai dan Sofi, arghhh rindu tak terkata . Lepas ni lagi 2 minggu baru dapat jumpa, dan pada detik 26/2 kali ni Muai dan Sofi akan balik sama ke Kuching..yashhhhh bermulalah hidup kami bertiga di Sarawak. Hampa paham ke apa aku cakap?

Copi Copina





Terbang di awan biru...sedih





Wednesday, 30-Jan-2008 05:01 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Mai & Kimi

 
 
 
View all 5 photos...


Pada hari Sabtu & Ahad (25 & 26/1/08) berlangsunglah majlis perkahwinan adik ipar aku bertempat di Puncak Alam, Selangor. Penat tu memang penat ahahaha tapi seronok jugak, aku jadi video cameraman tak bertauliah . Terima kasih kepada Mat Adam, Hatta & Paeh yang hadir atas jemputan khas untuk menjadi official photographer pada hari kenduri.



Masa kenduri Sofi pakai baju skirt (selalu dia pakai seluar je) makciks (plural ye) dia belikan. Semua orang geram dengan pipi tembam dia tu ehehe tembam cam abah dia kot . Semuanya alhamdulillah berjalan lancar, tapi ada ketika hujan sikit2 pada masa malam berinai.




Seksi ler Sofi, nampak pusat:->

Semoga Mai & Kimi bahagia hingga akhir hayat


Thursday, 17-Jan-2008 15:15 Email | Share | | Bookmark
Sorfi in 38 days

 
 
 
Ni antara gambar yang paling baru. Aku masih di Shah Alam, kebetulan balik tengok Muai dengan Sorfi, tetiba kena pi meeting dekat Perak plak, dapat lah cuti seminggu extra hehehe. Minggu depan balik lagi, adik Muai nak kenduri, raya cina balik lagi isk isk isk nasib baik ada AirAsia kalau tak bocoq poket abah sofi oiii


Tidoq dengan khusyuk


Side View of Iman Sorfina


Muka tensen tak dapat susu


Monday, 7-Jan-2008 05:06 Email | Share | | Bookmark
MMS untuk melepas rindu

 
 
 


Bulatnya mata, ni ikut mata ibu dia ni



Lagi mata bulat



Ada bau kain pelekat abah dak ehehe

Tengok gambar saja la bila dok jauh-jauh ni isk isk sedeynya


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net