faiz & muai & sofi's fotopages

By: muai mohamed

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-Nov-2007 00:48 Email | Share | | Bookmark
Kampung Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka

rumah pusaka
daun
cahaya tingkap b&w
View all 6 photos...
Gambar ni dah lama ambik, masa ni tak salah aku bulan Mei 2007, balik kampung sebelah Muai kat Melaka. Seronok jugak...malam2 tido sejook macam ada aircond...mandi pagi2 jgn cakap lah..sejook yang amat ehehehe


Sinaran matahari menusuk jendela...ewahh


Rumah pusaka


Daun yang luruh dimakan usia


Ayah tengah spray racun semut kat bawah rumah


Mesin jahit antik Mak Busu


Tuesday, 13-Nov-2007 03:27 Email | Share | | Bookmark
entry macam-macam

aku n annie
yati,khatijah,aku,zu
dari belakang takder la gumuk sgt kan?
View all 8 photos...
sebenarnya aku ingat nak wat enty kali untuk sempena anniversary aku n husband aku untuk tahun yang pertama(betul ker apa yg aku tulis ni)tapi aku takda gambar nak edit.since aku dah masuk minggu ke 37 ni ,badan asik raser tak sedap jer..so tak payah la.tapi saja nak bagi tau 11.11.07 genap la setahun aku jadik isteri org.Hari ni 13.11.07 genaplah 8 bulan aku hidup dibumi sarawak. InsyaAllah dalam masa tak kurang lagi dalam 2/3 minggu aku pun akan jadik seorang ibu ...mudah-mudahan.cemana hidup pas kawen? cam roller coster kuts sentiasa face sesuatu yg baru dalam hidup..keluarga baru,pengalaman baru dan macam2 lagi dan itu suma lah yg mematangkan aku dan ramai org lain dalam perjalanan hidup ni..aku rasa la...


cover perut tak nampak..aku selekeh jerk tadek mood la ber make -up2 takper tunggu next year

gambar-gambar ni masa aku pi dinner last week,act ni tuk kali yg ke2 dinner sch aku buat tapi yg first time tu aku tak ikut.sbb awal pregnancy aku tak tahan dengan bau mknn.
okla duk sarawak..kalau dulu takder kawan.skrg raser la sikit dipunyai.tapi kawan 8 bulan mana nak sama ngan kawan 3-4 taun.aku pun dah get use duk kat sini.Lepak kat dalam kelas main internet bla free pasal kawan nak buat ketupat tak ramai..masa hu ha gelak kuat2 release tension.suma masa tu susah nak dapat.ohh lama sungguh aku tak raser masa2 tu.Tapi anyway aku bahgia..syukur dengan rezki yang Allah beri pada aku..


Quote:

...Walk On..
...much as we cannot borrow or steal yesterday's sun to shine for us today, we should not cumber ourselves with yesterday's baggage when facing tomorrow.. march on.. let the games begin.. Roll the dice.. this is what separate us from a boy and a man.. the line has been drawn & the whistle has been blown.. let see who dances better!!


Wednesday, 7-Nov-2007 10:53 Email | Share | | Bookmark
Reminisce...

 
 
 
View all 4 photos...

Adha, Aku (zaman kurus) & Pak Koq - Official Photographer - Yat


Pak Koq, Yat, & Adha - Official Photographer - Aku

Aku terjumpa website lama kawan baik aku Shukor atau nama glamernya Pak Koq dan terserempak dengan gambar-gambar lama kami tahun 1998 tak salah aku ehehehe. Kenangan masa pegi makan angin kat Melaka dan menziarah Yat (Fathil Hidayat) yang la ni dok baca berita TV1. Sorang lagi yang suka buat simbol peace tu adalah Adha @ Kudin yang baru dapat baby bebaru ni. Pak Koq pun dah dapat baby jugak, tunggu turn aku pulak noo...tak lama lagi haihh sat saja ahahaha. Tahun depan raya pakat ada 3 orang satu group

Masing dan berumah tangga kecuali Yat yang masih tercari-cari sampai la ni. Masing-masing dah pandai cari duit sendiri dan masing-masing dah ada tanggungjawab sendiri.

Masa merubah cara kita berfikir, cara penampilan kita, cara kita bertindak dan berhubung antara satu sama lain, walaupun agak lama tak jumpa (Yat - Sejak kawen, Pak Koq - Bulan 5, kat spital tgk baby dia, Adha - Sejak kawen jugak) tapi hampa sahabat baik aku dunia akhirat.

Xiexie, arigato, tenkiu, terima kasih, gracias




Kat Mahkota Parade - Kisah sedih, hanya kami 3 orang yang tau


Tuesday, 30-Oct-2007 00:52 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan Hidup



Ramli Sarip - Perjalanan Hidup

Aku yg masih diperjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar dipersimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian,rimba dan lautan
Mencari sesuatu yg abadi

Aku yg masih diperhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam,surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Dimana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku oh tuhanku
Lindungilah hamba mu yg hina ini
Aku setia hanya padamu oh tuhanku

Aku setia hanya padamu, oh Tuhanku



Gambar ehsan Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Image:View_of_loch_lomond.JPG
Lirik ehsan Senikata.com: http://www.senikata.com


Tuesday, 16-Oct-2007 02:44 Email | Share | | Bookmark
Sinopsis Pasca Raya

Ketupat Palas
Sebelum Masak
Daun Palas
View all 11 photos...
Pejam celik dah 4 hari kita beraya & harini aku dah mula kerja tapi yang kerja harini boleh bilang dengan jari tangan dan kaki. Ramai lagi masih bercuti sampai hujung minggu nie kami dua orang lepak kat ofis aku...ani dah tido dah tuh, sian kat dia.





Ketupat yang dah siap dibalut (ada jantan ada betina, hentam aje)



Ketupat palas yang diidamkan telah berjaya dihasilkan oleh aku hasil daripada latihan intensif daripada raya-raya sebelum ini ditambah pula dengan tele konferensi dengan mama aku kat kedah ahahaha...walaupun lipatan agak longgar tapi kira ok la jugak
Ilmu membalut ini telah aku turunkan kepada isteriku tersayang yang masih ditahap amatur.



Setelah bertungkus lumus masak akhirnya siap jugak ketupat daun palas, rasa pun okeh jugak (sukses!!). Kalau kat kampung, biasanya rumah tok aku akan guna pulut hitam (trademark) tapi kat sini tak jumpak pulak tapi takpa janji boleh makan



Juadah utama hari raya, ani buat rendang istimewa, sedap tak terkata dah 8 bulan pun rajin nak masak, sebagai suami yang mithali, aku pulak yang risau

Raya di Sarawak ni lebih kurang saja raya kat semenanjung cuma dekat sini baju raya dipakai sampai seminggu (raya sakan!!) dan setiap rumah mesti ada kek lapis dan air gas (air berkarbonat). Nasiblah ada kawan-kawan kat sini, taklah kami sunyi sangat raya ni.


Banyak rumah pakai lampu macam ni, macam kat rumah tok aku 10 tahun dulu


Kami pun ada kek lapis


Biskut raya kiriman keluarga di semenanjung

Secara keseluruhannya, raya tahun ni kira boleh lah, cuma pagi raya tuh sedih sikit waktu dengar takbir raya dan semayang raya, teringat kat keluarga. Tahun depan kami akan balik yay!!


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net